Friday, 29 September 2017

Mee soba



Soba adalah salah satu jenis mi Jepun yang dibuat dari tepung gandum kuda. Dalam bahasa Jepun, tumbuhan serealia gandum kuda juga disebut "soba". Selain itu, istilah "soba" juga berartimi telur  yang dimasak menjadi yakisoba atau ramen.Orang Jepun mempunyai tradisi memakan soba di malam tahun baru. Soba yang dimakan di malam tahun baru disebut toshikoshi-soba (soba melewatkan tahun). Selain itu juga terdapat tradisi memakan soba sewaktu baru pindah rumah. Soba yang dimakan untuk merayakan tempat tinggal yang baru disebut hikkoshi-soba (soba pindahan). Soba merupakan masakan mi tradisional Jepun yang dibuat dengan bahan utama tepung gandum, yang terkenal seperti Tempura dan Sushi. Selain soba dengan kuah yang hangat, pada umumnya ada juga Zaru Soba dan Mori Soba iaitu Soba yang setelah matang kemudian diletakan di atas bakul buluh hingga dingin, kemudian dimakan dengan dicelupkan ke dalam kuah.

Okonomiyaki (penkek atau pizza Jepun)



Nampak sedap untuk hidangan waktu pagi...makanan ni macam lempeng kan?Ini adalah Okonomiyaki merupakan makanan Jepun yang dibuat daripada tepung terigu dicampur dengan air yang berisi sayuran, daging, ikan, dll, yang kemudian dipanggang di atas plat besi dan disaluti sos di atasnya. Ada 2 jenis Okonomiyaki yang terkenal, iaitu Okonomiyaki ala Kansai dibuat dengan mengaduk terlebih dahulu bahan makanan dengan tepung terigu lalu dipanggang, dan Okonomiyaki ala Hiroshima yang dibuat tanpa diaduk bahan makanan dan tepung terigunya tetapi dipanggang di atas plat besi panggangan, tetapi ada juga masakan yang serupa di daerah lain.wajib try yang ini..masukkan dalam list anda ye

Thursday, 28 September 2017

Dorayaki


Sape yang tengok karton doraemon atau pencinta anime mesti wajib tau dan sangat tahu pasal makanan ni..namanya Dorayaki dan merupaka salah satu makanan tradisiona Jepun.. sebenarnya Dorayaki adalah sebutan untuk kuih pancake isi selai (di Indonesia, pancake sering disebut sebagai kue Serabi), Tapi kerana sekitar tahun 1995 an, dimana kartun doraemon sangat terkenal, maka sebutan pancake isi mulai dilupakan oleh masyarakat Jepun. Masyarakat Jepun sendiri kemudian banyak yang menyebut kuih Pancake isi dengan sebutan kuih Dorayaki...

Unagi



Terliuh tak tengok tu...ini adalah Unagi. Unagi dalam bahasa Jepun yang bererti belut air tawar. Unagi adalah sejenis makanan yang sering digunakan dalam masakan Jepun atau mungkin anda sudah pernah memakannya?. Beberapa orang mungkin berpikir makan belut itu mengelikan, terutama jika kalian pernah memegang  yang masih hidup (mereka terasa seperti otot lidah raksasa yang menggeliat)..jangan risau sebab belut yang dihidangkan adalah yang sudah dimasak dan bukan yang masih mentah..kalau mentah mesti korang fikir 2 kali untuk makan kan.

Tempura



Makanan Jepun yang juga terkenal diluar negeri seperti Sushi iaitu Tempura. Tempura adalah makanan yang terkenal dan popular yang masuk dalam ranking atas makanan Jepun. Tempura adalah masakan yang dibuat dari aneka macam ikan atau sayuran yang dibalut dengan campuran tepung gandum, air dan telur lalu digoreng dengan minyak sayur. Tempura juga sedap dimakan bersama udon atau soba dan juga nasi..kalau di Malaysia tempura serupa macam sotong celup tepung tapi sosnya berlainan..wajib cuba ni  nyum2

Tuesday, 26 September 2017

Torayaki



Sedapnya tengok rasa terliuh pulak..siapa tahu ni aa? Ni Torayaki la...Dalam bahasa Jepun Tako bererti Gurita dan Yaki adalah bakar, jadi takoyaki adalah bulatan yang diisi daging gurita lalu dimasak dengan cara di panggang. Takoyaki awalnya disantap bersama dengan sos, mayonis dan sos khusus takoyaki dan katsuobushi. Katsuobushi adalah serutan halus yang dibuat dari ikan dan bentuknya mirip seperti serutan kayu.Takoyaki kebanyakkannya dijual di tepi jalan. Di Malaysia pun dah banyak orang jual di kedai kecil-kecilan...Mungkin rasa je lain sikit..mesti cuba ni 

Onigiri


Makanan ini pasti sangat familiar bagi yang suka baca manga dan tonton anime iaitu Onigiri. Onigiri merupakan nama Jepun untuk makanan yang berupa nasi yang dipadatkan dalam keadaan panas dan bentuknya bulat, segitiga, atau seperti karung beras. Onigiri juga biasa disebut bola nasi di Amerika.Onigiri dipadatkan menggunakan tangan dan disapukan dengan sedikit garam untuk memberi rasa. Walaupun simple tapi sedap uollss...nyum2

Sashimi

Cantik kan?ini namanya sashimi.Sashimi merupakan irisan tipis ikan ataupun daging mentah.Ni korang yang jenis geli mesti tak sanggup nak makan..mesti fikir ikan mentah tak sedap and loya but belum cuba belum tau ye..selera masing-masing kan..yang bestnya di restoran Jepun biasanya cef mereka akan memotong ikan secara ‘live’ di hadapan pelanggan mereka...ikan yang digunakan besar2 dan sangat fresh dan ikan yang menjadi pilihan ramai ikan Salmon dan ikan Tuna. Sashimi dimakan bersama soy sauce dan wasabi  sebagai penyedap selera...boleh la try nanti ye

Monday, 25 September 2017

Udon


Mesti korang pikir ni mee biasa atau mee laksa kan?nama mee ni ialah udon. Mee ni memang serupa dengan mee biase tapi udon ni berbeza sikit..Udon merupakan salah satu jenis mie Jepun yang dibuat dari tepung terigu. Warnanya putih cerah dengan diameter 1½ cm dan kenyal teksturnya. Dibandingkan mee biasa, udon lebih liat dan kenyal. Biasanya diolah dengan kuah bening dari kaldu dashi atau shoyu atau misoUdon umumnya dijual dalam keadaan segar atau beku. Boleh dibeli di pasar besar dan banyak dijual di Jepun.

Sunday, 24 September 2017

Sushi


Ni namanya sushi. Kalau korang tak tau makanan ni memang tak tau dah nak cakap ape sebab sushi ni sangat-sangat terkenal dan banyak dijual di negara-negara lain..tak perlu pergi ke Jepun untuk dapatkannya. Tapi kalau nak rasa yang sebenar kena lah pergi ke negara asal sushi tu.Sushi ni nasi bercuka yang digulung bersama inti atau letak ape2 topping kat atasnya.Biasanya sushi makan dengan wasabi dan kicap...dengar macam sedap kan?

Yakizakana

Masakan Jepun yang layak dicuba selanjutnya adalah Yakizakana. Kalau anda suka makan ikan, Yakizakana ini harus dan wajib dicuba! Keran...